Satu Pameran Artifak dan Bahan Sejarah Peninggalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat Baginda sedang diadakan di Dewan Baharu Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Kuantan. Bangunan ini merupakan bangunan baharu MPK yang terletak bersebelahan Perpustakaan Awam Pahang yang baharu di Jalan Kemunting dan berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Pameran selama sebulan ini dibuka kepada orang ramai bermula 10 pagi hingga 10 malam dengan kadar bayaran RM 10.00 utuk dewasa dan RM 5.00 bagi kanak-kanak. Antara artifak dan bahan sejarah yang menarik yang ada dipamerkan termasuk pedang, kain serban, busur, panah, capal, kesan tapak kaki, kain penutup makan Baginda Rasulullah SAW, naskhah Al-Quran, pakaian perang dan perisai serta banyak lagi barangan bersejarah yang menarik.
Warga Pahang dan para pengunjung boleh mengambil kesempatan daripada musiam cuti sekolah ini untuk melancong ke Kuantan, Pahang dan bersama-sama keluarga untuk melawat ke pameran ini. Semoga menerusi pameran ini, kita dapat menyelami sejarah dan tamadun Islam dengan melihat sendiri artifak-artifak tinggalan Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.
No comments:
Post a Comment